MARI BELAJAR GEOGRAFI
TINGKATAN 1
Tema 1 : Bentuk Muka Bumi
Tema 2 : Cuaca & Iklim
Tema 3 : Tumbuhan Semula jadi
Tema 1 : Bentuk Muka Bumi
Bentuk muka bumi di Malaysia terbahagi kepada :
@ Tanah Tinggi
@ Tanah Pamah
@ Pinggir Laut
@ SaliranTanah Tinggi
- Malaysia diliputi oleh beberapa banjaran utama. Antaranya ialah Banjaran Titiwangsa, Banjaran Tahan dan Banjaran Crocker.
- Sistem Gunung di Malaysia terdiri daripada sistem gunung lipat tua dan sistem gunung lipat muda.
- Sistem gunung di Semenanjung Malaysia merupakan sistem gunung lipat tua yang berasal dari Dataran Tinggi Shan.
- Sistem gunung di Sabah dan Sarawak merupakan sistem gunung lipat muda yang berasal dari Pusaran Pamir, di Banjaran Himalaya.
Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia iailah Gunung Tahan yang terletak di Banjaran Tahan. Disini terdapat Taman Negara yang tertua di dunia yang kaya dengan flora dan fauna Hutan Hujan TropikaTanah Pamah
Tanah pamah ialah kawasan yang rata dan beralun. Kawasan ini meliputi ketinggian kurang180 meter dari aras laut. Di Semenanjung Malaysia, kawasan tanah pamah dibahagikan kepada tiga:
a) Tanah pamah di pantai barat
b) Tanah pamah di pantai timur
c) Tanah pamah beralun di kawasan selatan
Pinggir Laut
TELUK
TANJUNGPANTAITEBING TINGGIPULAUSALIRAN
Malaysia mempunyai banyak sungai kerana menerima hujan lebat sepanjang tahun. Malaysia dikurniai dengan tasik semula jadi seperti Tasik Bera dan Tasik Chini. Malaysia juga terdapat tasik buatan manusia seperti Tasik Kenyir untuk menjana kuasa hidroelektrik, Tasik Chenderoh sebagai sumber ikan air tawar, dan Tasik Perdana yang menjadi tarikan pelancong .
SUNGAI RAJANG
TASIK KENYIR PENGARUH BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA * jalan pengangkutan * hidroelektrik * sumber domestik * pengairan sawah padi * mengangkut kayu balak Di sungai Chao Phraya juga terdapat PASAR APUNG yang menjual pelbagai barangan seperti buah-buahan. Kawasan ini juga dikenali sebagai VENICE TIMUR kerana terdapat banyak terusan atau dikenali sebagai KLONG.
BANGKOK TERLETAK DI TEBING SUNGAI CHAO PHRAYA
PASAR APUNG DI SUNGAI CHAO PHRAYA
2) PERGUNUNGAN ALPS DI SWITZERLAND 3) TASIK TONLE SAP, KAMPUCHEA
Tasik Tonle Sap merupakan tasik air tawar semulajadi terbesar di Asia Tenggara. Tasik Tonle Sap terletak di Kampucha merupakan nadi utama bagi penduduk di Kampuchea. Tasik ini membekalkan kira-kira 50% daripada bekalan ikan di Kampuchea. Terdapat juga penduduk yang tinggal di atas tasik ini.
PHNOM PENH, TERLETAK DI PINGGIR TASIK TONLE SAP
TASIK TONLE SAP, KAMPUCHEA
4) PERTANIAN BERTERES DI PULAU JAWA, INDONESIA
Pulau Jawa merupakan sebuah pulau yang padat dengan kira-kira 70 juta penduduk. Di Pulau Jawa pertanian padi dijalankan secara berteres di cerun-cerun bukit. Faktor utama adalah disebabkan:
* Tanih lereng bukit yang berasal daripada tanih lava bes yang subur
* Kurang kawasan tanah pamah kerana khas untuk petempatan penduduk
|
No comments:
Post a Comment