Wednesday 4 April 2012


MARI BELAJAR GEOGRAFI

TINGKATAN 1
Tema 1 : Bentuk Muka Bumi
Tema 2 : Cuaca & Iklim
Tema 3 : Tumbuhan Semula jadi  



Tema 1 : Bentuk Muka Bumi


Bentuk muka bumi di Malaysia terbahagi kepada :
@    Tanah Tinggi
@    Tanah Pamah
@    Pinggir Laut
@    Saliran


Tanah Tinggi
  • Malaysia diliputi oleh beberapa banjaran utama. Antaranya ialah Banjaran Titiwangsa, Banjaran Tahan dan Banjaran Crocker.  
  • Sistem Gunung di Malaysia terdiri daripada sistem gunung lipat tua dan sistem gunung lipat muda.  
  • Sistem gunung di Semenanjung Malaysia merupakan sistem gunung lipat tua yang berasal dari Dataran Tinggi Shan. 
  • Sistem gunung di Sabah dan Sarawak merupakan sistem gunung lipat muda yang berasal dari Pusaran Pamir, di Banjaran Himalaya.



Gunung yang tertinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4101meter.  Gunung Kinabalu terdapat di Banjaran Crocker. 




Manakala Banjaran Gunung yang terpanjang di Malaysia ialah Banjaran Titiwangsa yang dikenali sebagai Banjaran Besar merupakan tulang belakang semenanjung Malaysia.  Gunung yang tertinggi di Banjaran ini ialah Gunung Korbu.  Terdapat 3 kawasan peranginan utama di kawasan ini iaitu, Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser.
                                                                        




Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia iailah Gunung Tahan yang terletak di Banjaran Tahan. Disini terdapat Taman Negara yang tertua di dunia yang kaya dengan flora dan fauna Hutan Hujan Tropika







Tanah Pamah
Tanah pamah ialah kawasan yang rata dan beralun. Kawasan ini meliputi ketinggian kurang180 meter dari aras laut. Di Semenanjung Malaysia, kawasan tanah pamah dibahagikan kepada tiga:
a) Tanah pamah di pantai barat
  • Paling lebar dan luas
  • Diliputi tanah aluvium yang sesuai untuk tanaman padi
  • Di Dataran Kedah-Perlia, Dataran Kerian, Dataran Hilir Sungai Perak
b) Tanah pamah di pantai timur
  • Sempit, terputus-putus dan berpasir
  • Dilanda banjir pada musim tengkujuh
  • Di Dataran Kelantan, Dataran Terengganu, Dataran Pahang
c) Tanah pamah beralun di kawasan selatan
  • Beralun dan berbukit
  • Mempunyai kawasan paya yang luas
  • Ditanami getah, kelapa sawit dan nanas
  • Di Dataran Johor
  
Pinggir Laut
  • Negara kita mempunyai kawasan pinggir laut yang indah dan menarik . 
  • Panjang pinggir laut di Malaysia ialah kira-kira 4800 kilometer.  
  • Kawasan pinggir laut di negara kita tidak lurus tetapi panjang dan mempunyai pelbagai bentuk muka bumi seperti tebing tinggi, pulau, pentas benua, pantai, tanjung dan teluk. 
  • Semua negeri di negara kita mempunyai kawasan pinggir laut, kecuali Wilayah Persekutuan Kualu Lumpur

TELUK

                                                                     TANJUNG

                                                                       PANTAI

                                                                TEBING TINGGI

                                                                              PULAU


SALIRAN

Malaysia mempunyai banyak sungai kerana menerima hujan lebat sepanjang tahun. Malaysia dikurniai dengan tasik semula jadi seperti Tasik Bera dan Tasik Chini. Malaysia juga terdapat tasik buatan manusia seperti Tasik Kenyir untuk menjana kuasa hidroelektrik, Tasik Chenderoh sebagai sumber ikan air tawar, dan Tasik Perdana yang menjadi tarikan pelancong . 


  • Sungai Rajang (563 km) adalah sungai yang terpanjang di Malaysia dan dapat dimudiki hingga ke bandar Kapit .
  • Sungai Kinabatangan (560 km) adalah sungai yang terpanjang di Sabah.
  • Sungai Pahang (475 km) adalah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia . 


                                                                                          SUNGAI RAJANG
                                                                                            TASIK KENYIR





PENGARUH BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

1) SG CHAO PHRAYA DI THAILAND

Sungai Chao Phraya merupakan nadi kepada Thailand.  Sungai Chao Phraya berfungsi sebagai:
* jalan pengangkutan
* hidroelektrik
* sumber domestik
* pengairan sawah padi
* mengangkut kayu balak


Di sungai Chao Phraya juga terdapat PASAR APUNG  yang menjual pelbagai barangan seperti buah-buahan.  Kawasan ini juga dikenali sebagai VENICE TIMUR kerana terdapat banyak terusan atau dikenali sebagai KLONG.


BANGKOK TERLETAK DI TEBING SUNGAI CHAO PHRAYA

PASAR APUNG DI SUNGAI CHAO PHRAYA


2) PERGUNUNGAN ALPS DI SWITZERLAND




Switzerland merupakan sebuah negara yang mempunyai bentuk muka bumi bersalji dan bergunung gangan.  Aktiviti utama penduduk di sini ialah pelancongan.  Terdapat banyak bentuk muka bumi glasier(salji) yang membolehkan pelbagai aktiviti dijalankan seperti meluncur salji.



3) TASIK TONLE SAP, KAMPUCHEA

Tasik Tonle Sap merupakan tasik air tawar semulajadi  terbesar di Asia Tenggara. Tasik Tonle Sap terletak di Kampucha merupakan nadi utama bagi penduduk di Kampuchea.  Tasik ini membekalkan kira-kira 50% daripada bekalan ikan di Kampuchea.  Terdapat juga penduduk yang tinggal di atas tasik ini.


PHNOM PENH, TERLETAK DI PINGGIR TASIK TONLE SAP
TASIK TONLE SAP, KAMPUCHEA



4) PERTANIAN BERTERES DI PULAU JAWA, INDONESIA


Pulau Jawa merupakan sebuah pulau yang padat dengan kira-kira 70 juta penduduk.  Di Pulau Jawa pertanian padi dijalankan secara berteres di cerun-cerun bukit.  Faktor utama adalah disebabkan:
*  Tanih lereng bukit yang berasal daripada tanih lava bes yang subur
*  Kurang kawasan tanah pamah kerana khas untuk petempatan penduduk